*STICKY POST*

SELAMAT DATANG ke Aida's Delight
KEPAKARAN KAMI ADALAH MEMBANTU MENYEDIAKAN PELBAGAI "DESSERT" YANG ENAK DAN LAZAT UNTUK DINIKMATI BERSAMA

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN:

1) membantu menyediakan pelbagai menu hidangan kenduri yang enak dan lazat dengan harga yang berpatutan mengikut budget anda.
2) membantu anda mendapatkan pakar membuat baju kurung wanita yang cantik dan selesa dipakai.
3) membantu menyelesaikan masalah mereka yang mahu nampak anggun dan menarik dengan busana yang dipakainya.

~ menerima tempahan BAJU KURUNG DAN SULAMAN MANIK

~MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KATERING UNTUK MAJLIS KERAMAIAN ANDA

Harga Produk:
Popia Neslick RM 15 (500g)
Kek Karamel RM40 (1kg)
Japanese Cheese Cake RM40 (1kg)
Moist Choc Cake RM60 (1.2kg)
Red Velvet Cake RM70 (1.5kg)
Snow Cheese Cake RM70 (1.5kg)
Cheezy Cheese Cake RM10/box
Apam Mekar RM18/50 biji
Apam Polkadot RM20/50 biji
Apam Angry Bird RM22/50 biji
Apam Lady Bug RM22/50 biji
Apam Bee RM22/50 biji
Apam Beras RM20/50 biji
Cheese Tart RM35/50biji

PICK UP POINT
1) Apartmen Idaman, Damansara Damai
2) AEON Big, Kota Damansara (Charge RM 10)
3) Masjid Bandar Baru Sungai Buloh (Charge RM10)
4) Tesco Manjalara (Charge RM10)

Penghantaran sabtu dan ahad sahaja bergantung kepada kuantiti tempahan dan kelapangan masa


HARGA UPAH JAHITAN:
Baju Kurung Dewasa RM40
Baju Kurung Kanak2 RM20++
Baju Kurung Moden RM50


baju yang berlining +RM40
leher tulang belut +RM20
Leher selain tulang belut +RM15

sila bawa baju contoh anda semasa membuat tempahan..terima kasih


Lokasi Aida's Delight di Damansara Damai, Sungai Buloh.

Kepada yang berminat, boleh menghubungi saya melalui:
~e-mail:aidayatim@yahoo.com.my
~FB: Aida's Delight
~sms/whatsApp ONLY: 013 219 3790

Tuesday, February 22, 2011

Resepi Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum kawan2..kali ini Aida's Delight ingin memperkenalkan BLUEBERRY CHEESE TART..saya percaya ramai dikalangan anda sudah pun arif mengenainya..tapi tak salah kan saya nak berkongsi..mungkin ada juga yang belum tau..kan??

Nak membuatnya pada saya memang la rumit sedikit..tetapi bila dah siap..hilang rasa penat, lupa segala kerumitannya..timbul rasa kepuasan tak terhingga..betul tak??
nak tau tak camne nak buat..bahan2nye simple je..jom kita tengok ape yang kita perlukan..


BLUEBERRY CHEESE TART

Resepi daripada: Pn. Salina Abkamal..
Sumber : Alex Goh

Sweet Pastry
Bahan A: 200 g mentega, 100 g gula aising, 1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B: 1 biji telur

Bahan C: 420 g tepung, 1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di
rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A: 250 g cream cheese, 50 g gula 25 g mentega

Bahan B: 1 biji telur

Bahan C: 25 g whipping cream

Bahan D: 20 g tepung, Blueberry filling

Cara-cara
  • Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
  • Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
  • Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
  • Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.
Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.

selamat mencuba ye..

Pesanan kepada yang tak sanggup, tak sempat, tak rajin nak buat atau ape2 je la yang seerti
dgnnye, boleh terus dapatkan blueberry cheese tart ni daripada Aida's Delight ..sebab saya rajin orangnye..hehe (perasan la tu..)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...