*STICKY POST*

SELAMAT DATANG ke Aida's Delight
KEPAKARAN KAMI ADALAH MEMBANTU MENYEDIAKAN PELBAGAI "DESSERT" YANG ENAK DAN LAZAT UNTUK DINIKMATI BERSAMA

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN:

1) membantu menyediakan pelbagai menu hidangan kenduri yang enak dan lazat dengan harga yang berpatutan mengikut budget anda.
2) membantu anda mendapatkan pakar membuat baju kurung wanita yang cantik dan selesa dipakai.
3) membantu menyelesaikan masalah mereka yang mahu nampak anggun dan menarik dengan busana yang dipakainya.

~ menerima tempahan BAJU KURUNG DAN SULAMAN MANIK

~MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KATERING UNTUK MAJLIS KERAMAIAN ANDA

Harga Produk:
Popia Neslick RM 15 (500g)
Kek Karamel RM40 (1kg)
Japanese Cheese Cake RM40 (1kg)
Moist Choc Cake RM60 (1.2kg)
Red Velvet Cake RM70 (1.5kg)
Snow Cheese Cake RM70 (1.5kg)
Cheezy Cheese Cake RM10/box
Apam Mekar RM18/50 biji
Apam Polkadot RM20/50 biji
Apam Angry Bird RM22/50 biji
Apam Lady Bug RM22/50 biji
Apam Bee RM22/50 biji
Apam Beras RM20/50 biji
Cheese Tart RM35/50biji

PICK UP POINT
1) Apartmen Idaman, Damansara Damai
2) AEON Big, Kota Damansara (Charge RM 10)
3) Masjid Bandar Baru Sungai Buloh (Charge RM10)
4) Tesco Manjalara (Charge RM10)

Penghantaran sabtu dan ahad sahaja bergantung kepada kuantiti tempahan dan kelapangan masa


HARGA UPAH JAHITAN:
Baju Kurung Dewasa RM40
Baju Kurung Kanak2 RM20++
Baju Kurung Moden RM50


baju yang berlining +RM40
leher tulang belut +RM20
Leher selain tulang belut +RM15

sila bawa baju contoh anda semasa membuat tempahan..terima kasih


Lokasi Aida's Delight di Damansara Damai, Sungai Buloh.

Kepada yang berminat, boleh menghubungi saya melalui:
~e-mail:aidayatim@yahoo.com.my
~FB: Aida's Delight
~sms/whatsApp ONLY: 013 219 3790

Sunday, February 27, 2011

Aneka Muffin!!! Waaaa....Syoknyeee..

Assalamualaikum kawan2..terima kasih kerana setia bersama Aida's Delight..
kali ini Aida's Delight..ada menyediakan aneka muffin untuk penggemar2 muffin khususnye..

ada pelbagai perisa iaitu perisa vanila, chocolate, blueberry, orange dan perisa strawberry.. dengan harga yang berpatutan..ianye sangat sesuai dijadikan buah tangan kepada tetamu untuk majlis2 keramaian..


Chocolate Indulgence Cake untuk Mr. Hubby..

Assalamualaikum..kawan2!!! jumpa lagi..kali ini Aida ingin membawa kawan2 semua untuk menjamu mata sekejap..opp!! bukan menjamu selera ye..mungkin lain kali kita bleh jamu selera sesama ye..hehe

ini lah dia 'Chocolate Indulgence Cake' yang meletop2..resepinye saya dapat daripada kawan2 di KR..mana lagi kan kalau bukan di Kongsi Resepi??

ini first time buat tau..itu pun si hubby yang beria2 suruh buat..siap belikan bahan2 nye lagi..baru semalam berkesempatan nak membuatnye..sorry ye En.Hubby..lambat sikit..

walaupun rupanye langsung tak menarik..tapi rasanye..power beb..sama cam kat secret resepi tu..perghh!! memang sedapppp..boleh menangis tokey kedai kek..hahhaha..

terus terang nak bagitau ni..nak buat kek ni bukan senang..amat leceh berkali2..huhu..pas satu, satu kena buat..memang leceh lah..kena banyak bersabar..mana taknye..2 hari baru siap buat tau..ha, barulah bleh makan..

kepada kawan2 yang nak mencuba resepi ini..di post akan datang InsyaAllah Aida's Delight akan berkongsi resepi ye..sabar ye..:-).

Apam Mekar lagi...

Assalamualaikum kawan2..apam mekar lagi..kali ni Aida buatkan khas tuk adik yang sudi bertandang ke rumah.

kawan2..Aida nak berkongsi resepi hari ni tau..suka tak????
resepi ape agaknye ye..emm..dah tentu la apam mekar ni..resepi ni saya ambil dari kawan2 di KR (kongsi resepi)..tapi Aida dah ubah sikit mengikut keperluan..ape pun thanks kawan2 semua..jom kita lihat ape bahan2 ye nye..


APAM MEKAR (resepi ini menghasilkan 28biji apam)

Bahan-bahan:

  • 250 gm gula (Aida guna 200g je)
  • 2 biji telur (Aida guna telur gred A)
  • 1 s/k esen vanilla
  • 200 ml aiskrim soda @ susu segar (Aida guna aiskrim soda)
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 s.k ovallate
  • pewarna (ikut suka hati)
  • acuan kertas

Cara-caranye:

  • Panaskan kukusan, gunakan api maksimum.
  • Putar gula, telur, esen vanila dan ovellate sehingga kembang dan gebu.
  • Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan telur tadi diselang selikan dengan aiskrim soda sambil putar hingga gebu.
  • Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan perwarna di setiap bahagian iaitu merah dan biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal.
  • Masukkan setiap adunan dalam plastik piping bag yang berlainan. Susun acuan kertas dalam acuan lompang dan susun ke dalam pengukus.
  • Picitkan adunan asal dalam 3/4 acuan kertas dan picitkan adunan warna merah di atasnye. Buat hingga selesai.
  • Kukus selama 20 minit dengan api besar.

selamat mencuba ye..
harapan Aida dengan adanye resepi ni dapat membantu kawan2 untuk mencuba ye..jumpa lagi untuk resepi seterusnye...bye..

Saturday, February 26, 2011

Jom Menganyam Bakul

Assalamualaikum kawan2..hari ni Aida nak berkongsi pengalaman menganyam bakul daripada surat khabar lama...seronok tau bila berjaya menyiapkan sebiji bakul..ha! tu baru sebiji, kalau berbiji2..lagi la seronok kn..

Sebenarnye ni first time Aida anyam bakul..sebelum ni memang tak pernah..ni semua atas tunjuk ajar adik saya..Yana Yatim..dia blaja daripada mak kat kampung..emm..mak saya memang dah terror wat bakul ni..siap jual lagi..ramai orang order tuuu..untuk majlis kawin la kebanyakkan nye, diaorang jadikan buah tangan untuk tetamu yang hadir..

memang lumayan lah hasilnye..selain mak saya ada la 3-4 orang lagi yang wat bakul ni untuk dijual..ha! nak tau tak..Mak Uda saya dari Felda Pasuh, sibuk la suh mak saya ni datang umah dia semata2 suh ajar wat bakul ni..wah! mak leh jadi cikgu anyam bakul la..eh, cikgu gak tu..

kepada sesape yang nak blaja wat bakul ni, leh panggil mak saya ajar ye..jangan suh saya, saya pun baru nak blajar..ha! nak tengok tak bakul2 yang mak saya dah buat..taraaa..

~design ni antara yang paling popular~
~ni semua sudah bertuan (tempahan orang)~
~yang ini sesuai untuk dijadikan dulang hantaran, bila dh dihias, memang cantikk..~
~yang ini pun sudah bertuan~

ha! cane..teruja tak..best kan kalau pandai buat..tak pe..kalau tak pandai boleh blaja, tapi kalau dah malas nak blaja..tapi nak jugak bakul ni..boleh beli terus daripada Aida's Delight..kalau nak dijadikan buah tangan di majlis2 tertentu..mestilah nak banyak kan..so..tempahan awal amat dialu2 kan..sekurang2 nye tiga bulan awal ye..

bakul yang saya buat mana? emm, yang itu lain kali la saya tunjuk ye..tunggu post seterusnye ye..mana tau Aida's Delight nak berkongsi menganyam bakul ni dengan kawan2 kn..tunggu je la ye..

Thursday, February 24, 2011

Kakak dan Adik

Assalamualaikum kawan2..inilah gambar terbaru anak2 saya..gambar ni diambil pada Sabtu lepas semasa mengambil Nisa balik sekolah..sempena pelantikan watikah sebagai pengawas pusat sumber..comel kan..

~my daughter NISA AFIQAH~

~my son MUHAMMAD AKMAL HAKIM~

bukan ape..cuba tengok background gambo tu..cantik kan..banyak bunga luruh..dah cam kat oversea la pulak kan..



Apam Mekar Tersenyum Manis..

Assalamualaikum kawan2..Aida's Delight nak berkongsi rasa gembira yang amat sangat..kerana baru sat tadi saya telah menyiapkan tempahan APAM MEKAR..tengok lah tu..semuanye tersenyum manis je apam ni kan..

Alhamdulillah..menerima tempahan sebanyak 50 biji apam mekar..terima kasih kepada Kak Liza yang menempah apam ini untuk makan2 di opisnye..lain kali leh order lagi ye..ececeh...

50 biji apam mekar


Kek Karamel untuk adik2 ku..

Assalamualaikum kawan2..Aida's Delight nak kongsi rasa gembira dengan kawan2 semua..mana tak gembiranye bila adik2 dtg bertandang ke umah kita ye tak??? Saya memang suka org dtg umah saya ni..kerana mereka ni pembawa rezeki...klu ada la yg berniat jahat dtg umah saya..tu saya tak tau la..minta dilingungi Ya Allah..

bila dapat tau yang adik2 nak datang ni..mula la dlm kepala.."emm..adik aku nak dtg..aku nk masak ape ek yang special.."disebabkan diaorang ni belum pernah mencuba kek karamelku yang best sesangat ni..saya pun buatkan la tuk adik2 saya sebiji sorang..ha, pasni dh xleh free tau..pasni nk ne order..hahaha..

adik saya yang sorang ni duk blaja lagi kat UKM Bangi, tengah buat Master, yang sorang lagi blaja kat UiTM Shah Alam, amik degree..inilah kek karamel untuk adik2 saya..

~yang ini tuk Yana yang masih blaja kat UiTM Shah Alam~

~yang ni plak tuk Daya yang berada di UKM Bangi~

~yang ini plak tempahan daripada Pn. Siti, kenalan saya~
terima kasih Pn. Siti


Tuesday, February 22, 2011

Resepi Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum kawan2..kali ini Aida's Delight ingin memperkenalkan BLUEBERRY CHEESE TART..saya percaya ramai dikalangan anda sudah pun arif mengenainya..tapi tak salah kan saya nak berkongsi..mungkin ada juga yang belum tau..kan??

Nak membuatnya pada saya memang la rumit sedikit..tetapi bila dah siap..hilang rasa penat, lupa segala kerumitannya..timbul rasa kepuasan tak terhingga..betul tak??
nak tau tak camne nak buat..bahan2nye simple je..jom kita tengok ape yang kita perlukan..


BLUEBERRY CHEESE TART

Resepi daripada: Pn. Salina Abkamal..
Sumber : Alex Goh

Sweet Pastry
Bahan A: 200 g mentega, 100 g gula aising, 1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B: 1 biji telur

Bahan C: 420 g tepung, 1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di
rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A: 250 g cream cheese, 50 g gula 25 g mentega

Bahan B: 1 biji telur

Bahan C: 25 g whipping cream

Bahan D: 20 g tepung, Blueberry filling

Cara-cara
  • Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
  • Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
  • Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
  • Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit.
Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.

selamat mencuba ye..

Pesanan kepada yang tak sanggup, tak sempat, tak rajin nak buat atau ape2 je la yang seerti
dgnnye, boleh terus dapatkan blueberry cheese tart ni daripada Aida's Delight ..sebab saya rajin orangnye..hehe (perasan la tu..)

Sunday, February 20, 2011

Kek Karamelku yang gebuss..

Assalamualaikum kawan2..Aida's Delight kali ini nak berkongsi ngan kawan2 semua pasal KEK KARAMEL...kek yang sangat sedap, lembut dan gebusss...


kek ini makin hari makin popular dikalangan penggemarnye tau..anak dan hubby saya pun suka sangat makan kek ni..kalau adik2 saya datang umah, saya mesti buatkan untuknye..

~ini lah rupa paras kek karamel yang telah dipotong..tengok gambo ni je pn dah terliur kn..~

kalau kawan2 nk tau, dari mana saya dpt resepi kek yang sedap ni..ha! mesti lah daripada kawan2 di KR..so, Aida's Delight nk say thanks lah kat kawan2 semua..kerana sudi berkongsi resepi..
masa first time buat kek ni, saya ikut semua sukat yang diperlukan, hasilnye perghh!!! memang manis gilerrr..2nd time buat saya kurangkan sukatan gula..emmm..baru lah sedang2 manisnye..sangat sedap..lembutt...dan gebusss...

saya pun introduce la kt kwn2 saya..dia orang siap order lagi..gumbira la sesanggat...tak sangka bleh buat bisnes kek ni..dari sini kek karamel saya ni menjadi kegilaan kawan2 saya..terima kasih kawan2 semua..luv u all..muuaaahhh!!!!!

~tempahan daripada Pn. Zalina~

~tempahan daripada Pn. Aina~

kalau kawan2 nak tempah kek ni pun boleh..contact la Aida's Delight ye..

Zoo Johor

Assalamualaikun kawan2..1 Muharam aritu bawa anak2 g jalan2 kat Zoo Johor..cuti sekolah la katakan..ramai gak org berkunjung time tu..sesak la gak nk cari parking..tiket masuk RM2 je tuk dewasa..tuk kanak2 RM1..murah je kan..

~unta padang pasir lah~
~burung kakak tua~
~hakim bersama Pok De dan Nenek~
sian nenek penat naik tangga..atuk tah dah sampai mana..sian nenek ne tinggal..
Hakim plak belum pandai jalan lagi..so Pok De la ne dukung..huhu

yang paling seronok nisa dan nina la..sampai sekeping gambar pun tak dan nak amik..so amik gambo binatang je la..hakim plak xcited tgk burung..nk di pegangnye..time ni Hakim belum pandai jalan lagi..so ne dukung je la..sian dia dah mengantuk..

Apam Dot2 Ku Yang Comel..

Assalamualaikum kawan2..semalam Aida's Delight menerima tempahan Apam Dot2 daripada kenalan baru....so..nak kongsi lah rasa gembira yang amat sangat ini..

Alhamdulillah..menerima tempahan sebanyak 100 biji (50 packs) apam dot..terima kasih kepada Pn. Ana yang menempah apam ini untuk harijadi anaknye..

My Thinking Chair

Assalamualaikum kawan2..saje nak kongsi..tuah 'My Thinking Chair'..dua kali dipertandingkan..dua kali juga berjaya menggondol hadiah..itulah tuah namanye kan..

~kali pertama dipertandingkan mendapat tempat ke-4....~

~kali ke-2 dipertandingkan mendapat tempat ke-3..~

~yang ni belom pernah menang lagi..huhu~

ni la salah satu hobi saya..menggubah sesuatu menjadi gubahan yang cantik dan menarik..
kalau ada sesiapa yang ingin menempah, boleh hubungi saya ye..hehehe..

Kelas Jahitan Manik @ 12 n 13 Feb 2011

Assalamualaikum kawan2..saya nak berkongsi rasa hepi ngan kawan2 ni...minggu lepas saya berpeluang mengikuti kursus jahitan manik..BEST sangat..cikgu2 nye best giler..saya dapat ramai kawan baru..dapat pengalaman baru..dapat pengetahuan baru..dapat peralatan menjahit baru (set manik, jarum, benang, gunting dan kain untuk menjahit)..dapat sijil..best lah..tapi yang paling BEST..semua tu PERCUMAAAA!!!! Caya tak????

Actually, program ni mendapat kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat..tu sebab bleh dapat free..terima kasih semua..
Ha..saya nak tunjuk hasil kerja saya semasa kelas ni k..

Taraaa..ni lah hasil nye..suka tak? Cantik kan???
ha! pasni kalau kawan2 nak suh saya jahitkan manik kat baju pun boleh..hehe

yang ni plak..saya dan kawan2 bersama sijil masing2..hehehe..
di barisan yang duk kat kerusi tu cikgu2 dan krew EMAK..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...