*STICKY POST*

SELAMAT DATANG ke Aida's Delight
KEPAKARAN KAMI ADALAH MEMBANTU MENYEDIAKAN PELBAGAI "DESSERT" YANG ENAK DAN LAZAT UNTUK DINIKMATI BERSAMA

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN:

1) membantu menyediakan pelbagai menu hidangan kenduri yang enak dan lazat dengan harga yang berpatutan mengikut budget anda.
2) membantu anda mendapatkan pakar membuat baju kurung wanita yang cantik dan selesa dipakai.
3) membantu menyelesaikan masalah mereka yang mahu nampak anggun dan menarik dengan busana yang dipakainya.

~ menerima tempahan BAJU KURUNG DAN SULAMAN MANIK

~MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KATERING UNTUK MAJLIS KERAMAIAN ANDA

Harga Produk:
Popia Neslick RM 15 (500g)
Kek Karamel RM40 (1kg)
Japanese Cheese Cake RM40 (1kg)
Moist Choc Cake RM60 (1.2kg)
Red Velvet Cake RM70 (1.5kg)
Snow Cheese Cake RM70 (1.5kg)
Cheezy Cheese Cake RM10/box
Apam Mekar RM18/50 biji
Apam Polkadot RM20/50 biji
Apam Angry Bird RM22/50 biji
Apam Lady Bug RM22/50 biji
Apam Bee RM22/50 biji
Apam Beras RM20/50 biji
Cheese Tart RM35/50biji

PICK UP POINT
1) Apartmen Idaman, Damansara Damai
2) AEON Big, Kota Damansara (Charge RM 10)
3) Masjid Bandar Baru Sungai Buloh (Charge RM10)
4) Tesco Manjalara (Charge RM10)

Penghantaran sabtu dan ahad sahaja bergantung kepada kuantiti tempahan dan kelapangan masa


HARGA UPAH JAHITAN:
Baju Kurung Dewasa RM40
Baju Kurung Kanak2 RM20++
Baju Kurung Moden RM50


baju yang berlining +RM40
leher tulang belut +RM20
Leher selain tulang belut +RM15

sila bawa baju contoh anda semasa membuat tempahan..terima kasih


Lokasi Aida's Delight di Damansara Damai, Sungai Buloh.

Kepada yang berminat, boleh menghubungi saya melalui:
~e-mail:aidayatim@yahoo.com.my
~FB: Aida's Delight
~sms/whatsApp ONLY: 013 219 3790

Wednesday, March 30, 2011

Jahitan Manik...

Assalamualaikum kawan2..atas permintaan ramai supaya Aida upload gambar jahitan manik..ni lah hasilnye..terima kasih atas sokongan semua..

Tuesday, March 29, 2011

Tempahan Sepanjang Minggu Lepas..

Assalamualaikum kawan2..jom kita tengok aktiviti Aida sepanjang minggu lepas..sampai tak dan nak update blog ni..


~Moist Chocolate Muffin..50biji tempahan daripada Kak Liza~

~50 biji Apam Mekar..tempahan daripada Kak Rozita~


~100biji Apam Mekar..tempahan daripada Puan Sofia~


~150 biji Apam Mekar..tempahan daripada Kak Izan~

~100 biji Apam Mekar..tempahan daripada Kak Izan~

Terima kasih kepada semua yang menempah kuih dengan Aida..

Tempahan Japanese Cheese Cake..

Assalamualaikum kawan2..sekadar nak berkongsi rasa syukur tak terhingga kepada yang Maha Pencipta..Alhamdulillah..sepanjang minggu lepas..Aida mendapat tempahan kek..

~Japanese Cheese Cake topping Strawberry Filling..terima kasih kepada Puan Izan~

~Japanese Cheese Cake topping Orange Filling..terima kasih kepada Idaya Yatim~


Pasu Anyaman Kertas

Assalamualaikum kawan2 semua..rindunye kt blog ni..lama betul tak update..kenape ye agak2 nye..eemm..takpe la..tak yah cite la ye..meh kite cuci mata ngan pasu kertas ni..waaaa...cantik kan???

sape la yang rajin ni kan..kepada sesiapa yang berminat boleh lah hubungi saya ye..



memang berbaloi dapat menghasilkan kraftangan ni tau..walaupun sakit tangan..tapi puas hati..seronok sangat..kalau tak caya try la buat..bila dah dapat buat..ape perasaan kawan2..

Tuesday, March 8, 2011

Kek Lapis Strawberry..

Assalamualaikum kawan2 semua..hari ni terasa rajin pulak nak melapis..tu yang terjadinye Kek Lapis Strawberry khas untuk kawan2 yang setia di Aida's Delight.

Ha, suka tak??? semestinya suka kan..dah lama betul tak buat kek ni..dua tahun dulu Aida buat kek ni untuk memenuhi permintaan pelanggan yang tak putus2 menempah..Alhamdulillah..lebih2 lagi pada bulan Ramadhan..time Aida stop wat kek ni ramai la pelanggan yang bertanya..kenapa dah x buat lagi..eemm..time tu Aida pregnant..tu yang malas nak buat..InsyaAllah tahun ni nak start semula..

kepada kawan2 yang ingin mencuba air tangan Aida, boleh lah menghubungi Aida ye..


Resepi "Chocolate Indulgence Cake"

Assalamualaikum kawan2..kali ni Aida's Delight nak berkongsi resepi camne nak buat kek indulgence..aritu Aida ada bagitau nak share resepi ni kan..so terima kasih la kerana sabar menanti ye..cam biasa la, Aida dapat resepi ni daripada kawan2 di KR..tapi aida tak ingat la daripada siapa..maaf ye, apapun terima kasih kawan2..jom kita tengok bahan2 dan cara2 nak buat kek ni ye..

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

BAHAN A (Chocolate Chiffon):
30g serbuk koko (larutkan dengan 120ml air suam)
4 biji kunig telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kesil soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN B:
4 biji putih telur
60g gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar

CARA-CARA:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
  2. Di dalam mangkuk lain, pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
  3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  4. Angkat dari loyang dan telangkupkan kek di atas redai, biarkan betul2 sejuk baru di belah kepada 4 lapisan.

FILLING (Mousse Coklat Hitam):
200g coklat masakan hitam
2 biji kuning telur (dipukul dahulu)
2 biji putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
1/2 sudu besar mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat
1 1/2 sudu besar gelatin
50ml air
*simpan sedikit adunan untuk sapuan nipis pada kek

CARA-CARA:
  1. Rendam gelatin dengan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul sebati dan angkat.
  3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaub balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

FILLING (Mousse Coklat Putih):
200g coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 biji kuning telur (dipukul dahulu)
2 biji putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat
2 sudu besar gelatin
50ml air

CARA-CARA:
  1. Rendam gelatin dann air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
  3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balikkan ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu segar dan whipping cream yang diputar. gaul hingga rata.
  4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selam 4 jam (sehingga beku). Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat. Seelok2 nye mousse putih dibuat sehari lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, whisk semula hingga kembang baru disapu ke atas kek.

TOPPING CHOCOLATE GANACHE:
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350g coklat masakan hitam
1 sudu besar mentega cair

CARA-CARA:
  1. Masak secara double boiler, panaskan whipping cream***hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek.
***Hiasan: untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whish hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzel pilihan dan pipe di atas kek atau tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang dihias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

***untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras, tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak supaya lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.


CARA-CARANYA:
  1. Belah kek chiffon kepada 4 lapisan.
  2. Lapisan pertama: letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
  3. lapisan kedua: letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
  4. Lapisan ketiga: letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
  5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  6. Keluarkan kek dari loyang, sapu nipis dengan mousse coklat hitam keseluruhan kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
  7. Letak kek di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru dihias.
  8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

perghh!!! penat betul menaip..panjang yang amat resepi ni kan..begitu jua lah proses nak buat kek ni..banyak step nak buat..ape pun selamat mencuba diucapkan kepada kawan2 semua..



Resepi Japanese Cheese Cake

Assalamualaikum kawan2..atas permintaan kawan2 di KR semua, Aida's Delight dengan sukacitanye nak berkongsi resepi Japanese Cheese Cake..actually Aida pun dapat resepi ni daripada kawan2 di KR..tapi Aida dah ubah sikit ikut keperluan..jom kita lihat bahan2 nak buat kek ni ye..


JAPANESE CHEESE CAKE

Bahan2:
5 keping chedder cheese
200 ml susu tepung Nespray
5 biji telur gred C
70 g tepung Blue Key
70 g butter
70 g gula kastor

Cara2 nye:
  1. Koyakkan cheese kecil2 dan masukkan dalam 200ml susu, masak atas api perlahan hingga larut (kacau selalu). Bila cheese dah larut, masukkan butter dan tutup api..ketepikan.
  2. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan gula hingga kembang dan ketepikan. Kemudian pukul telur kuning pula hingga kembang, bila dah kembang, masukkan adunan cheese tadi dan kacau sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan2. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi, kaub balikkan adunan hingga sebati.
  4. Sapu loyang dengan butter dan tuangkan adunan dalam loyang.
  5. Panaskan oven pada suhu 170C selama 20 moinit, kemudian masukkan loyang dan bakar secara steam bath pada suhu 140C selama 40 minit.

selamat mencuba ye kawan2..
Resepi ni aida ambil daripada SUZILA ABDULLAH di Kongsi Resepi. Diharap ianye dapat membantu kawan2 semua ye..


Monday, March 7, 2011

Doa2 Amalan Bagi Ibu2 Yang Mengandung..

Assalamualaikum kawan2..Aida's Delight saje je nak berkongsi ngan kawan2 semua..khususnye kepada mereka yang sedang menunggu saat2 melahirkan anak..amalkan lah doa2 ini..InsyaAllah..segalanye akan dipermudahkan oleh Nya..Amin..

~Surah Al-Anbiyak ayat 87~

~Surah Al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi)~

~Surah Al-A'raf ayat 54~

dan apabila selamat melahirkan..bacalah doa ini untuk memohon perlindungan dan sebagai tanda syukur kepada Nya..



Japanese Cheese Cake..

Assalamualaikum kawan2..jumpa lagi di Aida's Delight..terima kasih kerana masih setia di sini..Aida nak berkongsi dengan kawan2 semua iaitu "Japanese Cheese Cake".. kek yang sedap dan lemak ini..makan sepotong mesti nak 2 potong lagi..

Saje je, suka2 buat tuk makan2..ingat tadi nak buat lagi, tapi dah penat la..arini baked 3 biji kek karamel..semua tempahan orang, sok tuannye nak amik..letih sesangat..

Okey la..selamat menjamu mata dengan kek yang sedap ni ye..InsyaAllah lain kali Aida's Delight nak berkongsi resepi camne buat kek ni ye..sabar ye kawan2..see u..

Thursday, March 3, 2011

Shell Tart..

Assalamualaikum kawan2..Aida's Delight ada menjual Shell Tart untuk memudahkan kawan2 semua..kepada sesiapa yang tak tau kat mana nak dapatkan Shell Tart ni..boleh lah menghubungi saya ye..

Wednesday, March 2, 2011

Biskut Cendawan

Assalamualaikum kawan2..dua hari tak jengok blog ni, rindu pulak asenye..sibuk sikit la sekarang ni..meeting sana sini, minggu ni je ada 5 meeting nak ne attend..tu yang letih sikit tu..balik meeting ne prepare minit plak..(ceh, cam YB plak ye!!!..hehe)
emm..nak wat cane, orang dah amanah kan kat kita tuk pikul tanggungjawab, so kena lah buat elok2 kan..mudah2an Allah permudahkan semua urusan..Aminn..

Ha, ni nak cite la ni, semalam Aida saje buat Biskut Cendawan ni ha..permintaan puteri kesayangan la..saje tuk makan2..so ni nak kongsi lah dengan kawan2 semua....semalam siap je buat biskut ni, saje je la letak atas meja, nak bagi anak nampak bila dia balik sekolah..hehe..

Bila si anak nampak je, mula2 yang terkeluar dari mulut dia..."waaa..Biskut Cendawan..ibu nak.." katanye..pastu siap pesan lagi.."ibu, esok kakak nak bawa gi sekolah agama lah, nak bagi Ustazah.." arini anak saya gi sekolah bawa bekal ni la..

Biskut ke-2 paling banyak mendapat tempahan time nak raya tau..sape2 nak order, silakan ye..

Tuesday, March 1, 2011

Tempahan Sulaman Manik

Assalamualaikum buat semua pengunjung Aida's Delight dan terima kasih diucapkan kerana tetap setia di sini..
PAKEJ SULAMAN MANIK YANG DITAWARKAN DI Aida's Delight:
  • Pakej A: Sulaman Pada Tangan: Upah RM40 dan ke atas
  • Pakej B: Sulaman Pada Leher: Upah RM55 dan ke atas
  • Pakej C: Sulaman Pada Tangan dan Leher: Upah RM90 dan ke atas
  • Pakej D: Sulaman Pada Tangan dan Baju: Upah RM110 dan ke atas
  • Pakej E: Sulaman Pada Leher dan Baju: Upah RM120 dan ke atas
  • Pakej F: Sulaman Pada Tangan, Leher dan Baju: Upah RM155 dan ke atas
Walaubagaimana pun, semua anggaran harga yang dinyatakan bergantung kepada design dan jenis manik yang akan digunakan.

BAGAIMANA HENDAK BERURUSNIAGA DI Aida's Delight?
Cara Urusniaga Melalui:
  1. By-Hand
  2. Kiriman Pos Ekspres ~ RM7 (maksimum sepasang baju)
  3. Pos Laju (Parcel) ~ mengikut berat (lebih sepasang baju)
Caranye:
  1. poskan baju yang hendak disulam
  2. baju anda akan diproses dalam tempoh 2 minggu (bergantung kepada kehendak pelanggan dan keadaan)
  3. sila bank-in wang upah dan kos penghantaran pada hari yang sama anda mengepos baju anda kepada kami
  4. baju anda akan diposkan sebaik bayaran penuh diterima
  5. tempoh penghantaran bergantung kepada kawasan tempat tinggal anda
  6. Penghantaran setiap ISNIN dan KHAMIS sahaja
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di:
Tel: 013-2193790 (Aida)
Facebook: Aida Yatim
E-mail: aidayatim@yahoo.com.my

Tempahan Baju Kurung

Assalamualaikum buat semua pengunjung Aida's Delight dan terima kasih diucapkan kerana tetap setia di sini..

Di Aida's Delaight, sedia menerima tempahan baju kurung dewasa dan kanak2 pada harga yang berpatutan.


TEMPAHAN BAJU KURUNG
Baju Kurung Biasa : RM30
Baju Kurung Biasa Dengan Piping : RM35
Baju Kurung Biasa Dengan Lining : RM58

Untuk Jahitan Mata Lalat/Tulang Belut : Tambah RM8

BAGAIMANA HENDAK BERURUSNIAGA DI Aida's Delight?
Cara Urusniaga Melalui:
1) By-Hand
2) Kiriman Pos Ekspres ~ RM7 (maksimum sepasang baju)
3) Pos Laju (Parcel) ~ mengikut berat (lebih sepasang baju)

Caranye:
1) poskan kain anda berserta baju contoh atau ukuran badan anda
2) kain anda akan diproses dalam tempoh 1 minggu (bergantung kepada kehendak pelanggan dan keadaan)
3) sila bank-in wang upah dan kos penghantaran pada hari yang sama anda mengepos kain anda kepada kami
4) baju anda akan diposkan sebaik bayaran penuh diterima
5) tempoh penghantaran bergantung kepada kawasan tempat tinggal anda
6) Penghantaran setiap ISNIN dan KHAMIS sahaja

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di:
Tel: 013-2193790 (Aida)
Facebook: Aida Yatim
E-mail: aidayatim@yahoo.com.my

Lagi2 Apam Mekar..

Assalamualaikum kawan2..Aida nak berkongsi lagi..dua hari lepas Aida dapat tempahan 100biji apam mekar ni..seronok sesangat..projek dilancarkan semalam..letih gak la, tapi sangat puas hati..

~tempahan 100 biji daripada Pn. Alia untuk makan2 di Tadika anaknye~
~terima kasih Pn.Alia~

~yang ni plak saje buat lebih untuk jamuan mesyuarat KEMAS semalam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...