*STICKY POST*

SELAMAT DATANG ke Aida's Delight
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Aida's Delight. Di sini kawan2 boleh berkongsi idea dan resepi menarik.

Aida's Delight:
~menerima tempahan KEK KARAMEL, JAPANESE CHEESE CAKE, MOIST CHOC CAKE, BISKUT RAYA,
APAM: mekar, polkadot, angry bird dan ladybug

~serta menerima tempahan BAJU KURUNG DAN SULAMAN MANIK

Harga Produk:
Kek Karamel RM35
Kek Keju (Japanese Cheese Cake)RM 35
Kek Coklat Lembab (Moist Choc Cake) RM40
Apam Mekar RM15/50 biji
Apam Polkadot RM15/50 biji
Apam Angry Bird RM18/50 biji
Apam Lady Bug RM18/50 biji
Apam Bee RM 18/50 biji

HARGA UPAH JAHITAN:
Baju Kurung Dewasa RM35
Baju Kurung Kanak2 RM15++
Baju Kurung Moden RM45
Baju Kebaya RM55
Baju Melayu Dewasa RM80
Baju Melayu Kanak2 RM20++

baju yang berlining +RM30
leher tulang belut +RM10
Leher selain tulang belut +RM5

sila bawa baju contoh anda semasa membuat tempahan..terima kasih


Lokasi Aida's Delight di Damansara Damai, Sungai Buloh.

Kepada yang berminat, boleh menghubungi saya melalui:
~e-mail:aidayatim@yahoo.com.my
~FB: Aida's Delight
~tel: 013-2193790

Sunday, February 27, 2011

Apam Mekar lagi...

Assalamualaikum kawan2..apam mekar lagi..kali ni Aida buatkan khas tuk adik yang sudi bertandang ke rumah.

kawan2..Aida nak berkongsi resepi hari ni tau..suka tak????
resepi ape agaknye ye..emm..dah tentu la apam mekar ni..resepi ni saya ambil dari kawan2 di KR (kongsi resepi)..tapi Aida dah ubah sikit mengikut keperluan..ape pun thanks kawan2 semua..jom kita lihat ape bahan2 ye nye..


APAM MEKAR (resepi ini menghasilkan 28biji apam)

Bahan-bahan:

  • 250 gm gula (Aida guna 200g je)
  • 2 biji telur (Aida guna telur gred A)
  • 1 s/k esen vanilla
  • 200 ml aiskrim soda @ susu segar (Aida guna aiskrim soda)
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 s.k ovallate
  • pewarna (ikut suka hati)
  • acuan kertas

Cara-caranye:

  • Panaskan kukusan, gunakan api maksimum.
  • Putar gula, telur, esen vanila dan ovellate sehingga kembang dan gebu.
  • Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan telur tadi diselang selikan dengan aiskrim soda sambil putar hingga gebu.
  • Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan perwarna di setiap bahagian iaitu merah dan biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal.
  • Masukkan setiap adunan dalam plastik piping bag yang berlainan. Susun acuan kertas dalam acuan lompang dan susun ke dalam pengukus.
  • Picitkan adunan asal dalam 3/4 acuan kertas dan picitkan adunan warna merah di atasnye. Buat hingga selesai.
  • Kukus selama 20 minit dengan api besar.

selamat mencuba ye..
harapan Aida dengan adanye resepi ni dapat membantu kawan2 untuk mencuba ye..jumpa lagi untuk resepi seterusnye...bye..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...