Assalamualaikum kawan2..atas permintaan kawan2 di KR semua, Aida's Delight dengan sukacitanye nak berkongsi resepi Japanese Cheese Cake..actually Aida pun dapat resepi ni daripada kawan2 di KR..tapi Aida dah ubah sikit ikut keperluan..jom kita lihat bahan2 nak buat kek ni ye..
JAPANESE CHEESE CAKE
Bahan2:
5 keping chedder cheese
200 ml susu tepung Nespray
5 biji telur gred C
70 g tepung Blue Key
70 g butter
70 g gula kastor
Cara2 nye:
- Koyakkan cheese kecil2 dan masukkan dalam 200ml susu, masak atas api perlahan hingga larut (kacau selalu). Bila cheese dah larut, masukkan butter dan tutup api..ketepikan.
- Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan gula hingga kembang dan ketepikan. Kemudian pukul telur kuning pula hingga kembang, bila dah kembang, masukkan adunan cheese tadi dan kacau sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan2. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi, kaub balikkan adunan hingga sebati.
- Sapu loyang dengan butter dan tuangkan adunan dalam loyang.
- Panaskan oven pada suhu 170C selama 20 moinit, kemudian masukkan loyang dan bakar secara steam bath pada suhu 140C selama 40 minit.
selamat mencuba ye kawan2..
Resepi ni aida ambil daripada SUZILA ABDULLAH di Kongsi Resepi. Diharap ianye dapat membantu kawan2 semua ye..
2 comments:
nape namanya japanese cheese cake? ada guna bahan berunsur japanese ke?
tak tau la..dah gitu namanye..tapi sedap la..
Post a Comment