*STICKY POST*

SELAMAT DATANG ke Aida's Delight
KEPAKARAN KAMI ADALAH MEMBANTU MENYEDIAKAN PELBAGAI "DESSERT" YANG ENAK DAN LAZAT UNTUK DINIKMATI BERSAMA

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN:

1) membantu menyediakan pelbagai menu hidangan kenduri yang enak dan lazat dengan harga yang berpatutan mengikut budget anda.
2) membantu anda mendapatkan pakar membuat baju kurung wanita yang cantik dan selesa dipakai.
3) membantu menyelesaikan masalah mereka yang mahu nampak anggun dan menarik dengan busana yang dipakainya.

~ menerima tempahan BAJU KURUNG DAN SULAMAN MANIK

~MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KATERING UNTUK MAJLIS KERAMAIAN ANDA

Harga Produk:
Popia Neslick RM 15 (500g)
Kek Karamel RM40 (1kg)
Japanese Cheese Cake RM40 (1kg)
Moist Choc Cake RM60 (1.2kg)
Red Velvet Cake RM70 (1.5kg)
Snow Cheese Cake RM70 (1.5kg)
Cheezy Cheese Cake RM10/box
Apam Mekar RM18/50 biji
Apam Polkadot RM20/50 biji
Apam Angry Bird RM22/50 biji
Apam Lady Bug RM22/50 biji
Apam Bee RM22/50 biji
Apam Beras RM20/50 biji
Cheese Tart RM35/50biji

PICK UP POINT
1) Apartmen Idaman, Damansara Damai
2) AEON Big, Kota Damansara (Charge RM 10)
3) Masjid Bandar Baru Sungai Buloh (Charge RM10)
4) Tesco Manjalara (Charge RM10)

HARGA UPAH JAHITAN:
Baju Kurung Dewasa RM40
Baju Kurung Kanak2 RM20++
Baju Kurung Moden RM50
Baju Kebaya RM60
Baju Melayu Dewasa RM80
Baju Melayu Kanak2 RM30++

baju yang berlining +RM40
leher tulang belut +RM15
Leher selain tulang belut +RM10

sila bawa baju contoh anda semasa membuat tempahan..terima kasih


Lokasi Aida's Delight di Damansara Damai, Sungai Buloh.

Kepada yang berminat, boleh menghubungi saya melalui:
~e-mail:aidayatim@yahoo.com.my
~FB: Aida's Delight
~sms/whatsApp: 013-2193790

Tuesday, March 8, 2011

Resepi "Chocolate Indulgence Cake"

Assalamualaikum kawan2..kali ni Aida's Delight nak berkongsi resepi camne nak buat kek indulgence..aritu Aida ada bagitau nak share resepi ni kan..so terima kasih la kerana sabar menanti ye..cam biasa la, Aida dapat resepi ni daripada kawan2 di KR..tapi aida tak ingat la daripada siapa..maaf ye, apapun terima kasih kawan2..jom kita tengok bahan2 dan cara2 nak buat kek ni ye..

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

BAHAN A (Chocolate Chiffon):
30g serbuk koko (larutkan dengan 120ml air suam)
4 biji kunig telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kesil soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN B:
4 biji putih telur
60g gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar

CARA-CARA:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
  2. Di dalam mangkuk lain, pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
  3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  4. Angkat dari loyang dan telangkupkan kek di atas redai, biarkan betul2 sejuk baru di belah kepada 4 lapisan.

FILLING (Mousse Coklat Hitam):
200g coklat masakan hitam
2 biji kuning telur (dipukul dahulu)
2 biji putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
1/2 sudu besar mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat
1 1/2 sudu besar gelatin
50ml air
*simpan sedikit adunan untuk sapuan nipis pada kek

CARA-CARA:
  1. Rendam gelatin dengan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul sebati dan angkat.
  3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaub balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

FILLING (Mousse Coklat Putih):
200g coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 biji kuning telur (dipukul dahulu)
2 biji putih telur (diputar hingga kembang)
60g gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - dipukul hingga pekat
2 sudu besar gelatin
50ml air

CARA-CARA:
  1. Rendam gelatin dann air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
  3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balikkan ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu segar dan whipping cream yang diputar. gaul hingga rata.
  4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selam 4 jam (sehingga beku). Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat. Seelok2 nye mousse putih dibuat sehari lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, whisk semula hingga kembang baru disapu ke atas kek.

TOPPING CHOCOLATE GANACHE:
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350g coklat masakan hitam
1 sudu besar mentega cair

CARA-CARA:
  1. Masak secara double boiler, panaskan whipping cream***hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek.
***Hiasan: untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whish hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzel pilihan dan pipe di atas kek atau tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang dihias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

***untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras, tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak supaya lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.


CARA-CARANYA:
  1. Belah kek chiffon kepada 4 lapisan.
  2. Lapisan pertama: letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
  3. lapisan kedua: letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
  4. Lapisan ketiga: letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
  5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  6. Keluarkan kek dari loyang, sapu nipis dengan mousse coklat hitam keseluruhan kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
  7. Letak kek di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru dihias.
  8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

perghh!!! penat betul menaip..panjang yang amat resepi ni kan..begitu jua lah proses nak buat kek ni..banyak step nak buat..ape pun selamat mencuba diucapkan kepada kawan2 semua..



8 comments:

Ucu Faridah said...

salam tuan rumah...
salam perkenalan...ucu dah jd follower..jomlah kita tukar2 link -http://ucubakery.blogspot.com/

reza said...

salam aida...

izinkan saya copy and paste resepi diatas yer...

moga dimurahkan lagi rezeki aida..

The My Talent said...

salamm...saya mntak izin nk c n p rspi u..
jom la ke blog sya plk..saya bru je buat blog,,x bnyk pon yg ade,,,
themytalent.blogspot.com

nhhas said...

Assalamualaikum wbt,

tuan tanah,

tumpang salin resepi ya.
semoga murah rezeki tuan tanah...
ameen...

mencari pelangi said...

wahh i love chocolate indulgence.. rsa mcm nk try lah resipi ni :)thanx for sharing :)

HafiZah said...

salam.. nak mintak resepi ni ye.. terima kasih.. salam perkenalan.. : )

Anonymous said...

Hi there this is a very good recipe, the white chocolate mousse,dark chocolate n the ganache was perfect n the taste was fantastic my friends really enjoyed the cake, thank u Aida for sharing. ;)

nur said...

Salam..kak...mohon copy resepi ni.nmpk sedap..tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...