*STICKY POST*

SELAMAT DATANG ke Aida's Delight
KEPAKARAN KAMI ADALAH MEMBANTU MENYEDIAKAN PELBAGAI "DESSERT" YANG ENAK DAN LAZAT UNTUK DINIKMATI BERSAMA

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN:

1) membantu menyediakan pelbagai menu hidangan kenduri yang enak dan lazat dengan harga yang berpatutan mengikut budget anda.
2) membantu anda mendapatkan pakar membuat baju kurung wanita yang cantik dan selesa dipakai.
3) membantu menyelesaikan masalah mereka yang mahu nampak anggun dan menarik dengan busana yang dipakainya.

~ menerima tempahan BAJU KURUNG DAN SULAMAN MANIK

~MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KATERING UNTUK MAJLIS KERAMAIAN ANDA

Harga Produk:
Popia Neslick RM 15 (500g)
Kek Karamel RM40 (1kg)
Japanese Cheese Cake RM40 (1kg)
Moist Choc Cake RM60 (1.2kg)
Red Velvet Cake RM70 (1.5kg)
Snow Cheese Cake RM70 (1.5kg)
Cheezy Cheese Cake RM10/box
Apam Mekar RM18/50 biji
Apam Polkadot RM20/50 biji
Apam Angry Bird RM22/50 biji
Apam Lady Bug RM22/50 biji
Apam Bee RM22/50 biji
Apam Beras RM20/50 biji
Cheese Tart RM35/50biji

PICK UP POINT
1) Apartmen Idaman, Damansara Damai
2) AEON Big, Kota Damansara (Charge RM 10)
3) Masjid Bandar Baru Sungai Buloh (Charge RM10)
4) Tesco Manjalara (Charge RM10)

Penghantaran sabtu dan ahad sahaja bergantung kepada kuantiti tempahan dan kelapangan masa


HARGA UPAH JAHITAN:
Baju Kurung Dewasa RM40
Baju Kurung Kanak2 RM20++
Baju Kurung Moden RM50


baju yang berlining +RM40
leher tulang belut +RM20
Leher selain tulang belut +RM15

sila bawa baju contoh anda semasa membuat tempahan..terima kasih


Lokasi Aida's Delight di Damansara Damai, Sungai Buloh.

Kepada yang berminat, boleh menghubungi saya melalui:
~e-mail:aidayatim@yahoo.com.my
~FB: Aida's Delight
~sms/whatsApp ONLY: 013 219 3790

Sunday, February 27, 2011

Apam Mekar lagi...

Assalamualaikum kawan2..apam mekar lagi..kali ni Aida buatkan khas tuk adik yang sudi bertandang ke rumah.

kawan2..Aida nak berkongsi resepi hari ni tau..suka tak????
resepi ape agaknye ye..emm..dah tentu la apam mekar ni..resepi ni saya ambil dari kawan2 di KR (kongsi resepi)..tapi Aida dah ubah sikit mengikut keperluan..ape pun thanks kawan2 semua..jom kita lihat ape bahan2 ye nye..


APAM MEKAR (resepi ini menghasilkan 28biji apam)

Bahan-bahan:

  • 250 gm gula (Aida guna 200g je)
  • 2 biji telur (Aida guna telur gred A)
  • 1 s/k esen vanilla
  • 200 ml aiskrim soda @ susu segar (Aida guna aiskrim soda)
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 s.k ovallate
  • pewarna (ikut suka hati)
  • acuan kertas

Cara-caranye:

  • Panaskan kukusan, gunakan api maksimum.
  • Putar gula, telur, esen vanila dan ovellate sehingga kembang dan gebu.
  • Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan telur tadi diselang selikan dengan aiskrim soda sambil putar hingga gebu.
  • Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan perwarna di setiap bahagian iaitu merah dan biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal.
  • Masukkan setiap adunan dalam plastik piping bag yang berlainan. Susun acuan kertas dalam acuan lompang dan susun ke dalam pengukus.
  • Picitkan adunan asal dalam 3/4 acuan kertas dan picitkan adunan warna merah di atasnye. Buat hingga selesai.
  • Kukus selama 20 minit dengan api besar.

selamat mencuba ye..
harapan Aida dengan adanye resepi ni dapat membantu kawan2 untuk mencuba ye..jumpa lagi untuk resepi seterusnye...bye..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...